-
Kami memberi layan kurang dari 5 minit untuk sebarang aduan dan permasalahn dan sentiasa bersedia membantu apabila anda berurusan dengan kami .
-
Mewujud dan menyediakan persekitaran yang bersih, nyaman dan indah serta penuh keceriaan untuk dinikmati oleh penduduk dan komuniti tempatan, pemantauan akan di lakukan 1 minggu sekali.
-
Menjamin untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan asas di semua kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Yong Peng. Dengan pemantauan dilakukan 1 bulan sekali
-
Kami akan menyelesaikan urusan di kaunter dalam tempoh 2 minit bagi setiap bil
-
Kami memproses permohonan lesen premis perniagaan dan iklan perniagaan dalam tempoh 2 bulan dengan syarat permohonan dilengkapi dengan dokumen yang diperlukan dan mematuhi syarat-syarat Jabatan yang berkaitan.
-
Kami akan menghantar bil-bil cukai harta kepada pemilik dalam tempoh 14 hari dari tarikh bermula kutipan setengah tahun pertama dan kutipan setengah tahun kedua iaitu sebelum berakhirnya tempoh dikenakan denda (28 Februari) dan (31 Ogos) dan dihantar ke alamat terakhir
-
Kami akan memproses permohonan pindahmilik harta dan memaklumkan keputusan kepada pemilik dalam tempoh satu (1) minggu dengan syarat ia disertai dokumen yang lengkap
-
Memberi maklumbalas kepada aduan-aduan awam samada bertulis atau lisan dalam masa 24 jam selepas aduan diterima dengan syarat butiran aduan jelas dan tepat
-
Berusaha memberi kepuasan kepada semua pelanggan dan memberi maklumbalas secara bertulis dalam masa 2 minggu jika sesuatu perkara memerlukan siasatan/ulasan pegawai MDYP
-
Kami memproses permohonan pelan bangunan dalam tempoh tiga (3) bulan dengan syarat ia disertakan dengan dokumen lengkap
-
Kami memproses permohonan pelan ubahan/tambahan rumah kediaman dalam tempoh satu (1) bulan dengan syarat permohonan tersebut memenuhi kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
-
Kami memproses Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) (dua) 2 minggu daripada tarikh permohonan dikemukakan dengan syarat disertakan sokongan dari jabatan berkaitan dan telah lengkap
-
Kami memproses permohonan layout dalam tempoh satu (1) bulan dengan syarat ia disertakan dengan dokumen lengkap
-
Kami akan membuat pembayaran bagi setiap tuntutan/bil dalam tempoh lima (5) hari dengan syarat perkhidmatan/bekalan telah disempurnakan dan disertai dokumen yang lengkap