* Lirik Lagu Muafakat Johor
Muafakat johor jadi sandaran Beretika menjaga warisan Cekal menghadapi cabaran dihadapan Berhemah dan berkemajuan
Raja dan rakyat berpisah tiada Bangsa johor tinggi setianya Sanggup berkorban jiwa dan raganya Majulah johor luaskan kuasa
Muafakat itu berkat Muafakat itu sepakat
Tegak bangsa kerana budi Kami mendengar suara hati Membina bangsa dan negeri Muafakat johor terus dihormati
Gagasan johor berkemajuan Bersama rakyat kita jayakan Tidak pernah tunduk pada cabaran Perjuangan mesti diteruskan
Muafakat itu berkat Muafakat itu sepakat
Johor tetap jadi johor Hidup bermuafakat Luaskan kuasamu
Johor tetap jadi johor Negeri berdaulat Luaskan kuasamu
|